bayi tercekik lampu....Pengeluaran Lampu SMILA Ditarik Balik




London – Syarikat IKEA terpaksa menarik balik jualan berjuta-juta lampu kanak-kanak selepas seorang bayi berusia 17 bulan maut akibat tercekik lampu tersebut.

Dianggarkan 23 juta lampu `SMILA’ itu telah ditarik balik di seluruh dunia termasuk tiga juta di Amerika.

Manakala 1.1 juta lampu itu ditarik balik di Kanada.

IKEA hanya mengetahui bahawa lampu SMILA itu terlibat dalam kematian bayi tersebut, Daniel Madden, pada bulan Mei.

Daniel dari Glasgow dibawa ke Royal Hospital for Sick Children, namun gagal diselamatkan.

Daniel bukan hanya kanak-kanak yang terlibat, malah seorang lagi bayi berusia 15 bulan juga mengalami insiden sama namun berjaya diselamatkan.

Kini, IKE memutuskan untuk menarik balik lampu berkenaan yang dijual pada harga £6 ke £8, yang mula dijual sejak 1999.

Lampu berkenaan yang berukuran 11 inci tinggi dan 11 inci lebar, boleh diperolehi dalam lapan reka bentuk.

Ia termasuk bintang biru, bulan kuning, bunga merah jambu, merah hati dan kuda laut jingga.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI