resepi ikan masam manis + nenas
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan kunyit bersaiz besar (atau ikan pilihan anda)
1 tin kecil nenas dalam tin
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, dibelah 2, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca besar penuh sos tomato JALEN
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan 1 camca besar tepung jagung. Lumur rata2, kemudian goreng hingga ikan masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat dan letak dalam bekas sesuai. Nenas dalam tin dikeluarkan dan dipotong kecik. Airnya diasingkan.
Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis serai, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan sos tomato. Masak sekejap dan tuang air dari dalam tin nenas tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
Masukkan nenas yang dipotong kecil, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan jika perlu baru masukkan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan, ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan dengan segera..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI