Lupakan peruntukan pertanian jika PKR menang lagi, kata menteri
lepas boikot orang cina....boikot pulak petani yang menyokong pakatan rakyat pulak....banggang...!!!
Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin hangat apabila pengundi Permatang Pauh hari ini diberi amaran melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, menang menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.
"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta," katanya.
Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.
"Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia.
"Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain," kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu.
Justeru, beliau mengingatkan pengundi di Permatang Pauh agar membuat pilihan yang tepat pada hari membuang undi, 7 Mei ini.
"Dalam pilihan raya ini, jangan fikirkan sangat siapa calonnya.
"Sebaliknya, fikirkan apa yang kita boleh dapat jika calon tertentu menang," katanya.
Sementara itu, Suhaimi melahirkan keyakinannya terhadap peralihan dalam sokongan pengundi sepanjang tempoh seminggu berkempen.
"Kita dapat lihat setakat ini di 3 kerusi, sokongan mula kembali kepada BN.
"Semoga kita semua dapat melakar sejarah baru di Permatang Pauh," kata Suhaimi merujuk kepada tema 'Melakar Sejarah Baru' yang digunakan dalam kempennya.
Turut hadir pada majlis petang ini ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Ketua Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
##
demokrasi ke macam ini...layan rakyat macam kelas 2 ....pemikiran banggang para pemimpin UMNO/BN yang semakin gelabah dengan kebangkitan rakyat...
soalan wa...senang ajer...kalau macam tu baik batalkan sebarang pilihanraya kan senang ...istiharkan UMNO/BN memerintah sampai kiamat ...jadi tak payah lah nak ugut atau gertak rakyat yang tidak menyokong kamu....lansung tak payah lagi nak menaikkan kemarahan rakyat terhadap kamu.
sikit sikit nak balas dendam....negara lain kat luar sana tak buat kerja dan pemikiran bodoh menteri menteri kerajaan UMNO/BN
depa lagi telus walau pun bukan negara berstatus negara islam....negara kafir lagi mulia dari negara ini cara di tadbirkan...jika di banding negara ini yang dapat menteri semuanya bodoh bodoh belaka. lantas yang memilihnya pun jenis orang / pengundi bodoh.
dia orang lebih bersifat terbuka bila di tegur oleh kalangan rakyat...tak macam negara ini...tegur ajer dudk dalam balai polis la alamatnya...
pergi berkempen ke sana atas kapasiti menteri atau berlagak serupa pemimpin parti....!!!kalau kapasiti menteri nampak sangat bodohnya..tak boleh beza tugas negaradan parti...!!!
dulu suruh boikot peniaga cina.......
Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun, kata menteri
Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
inilah menterinya...dah lah rasis bodoh pulak...kini petani pulak yang jadi mangsa blackmail..apa mu fikir rakyat kebuloq dengan bantuan kamu.......binggai...!!!
Home
/
balas dendam
/
menteri BN
/
menteri cap ayam
/
politik
/
politik kotor
/
politik balas dendam menteri rasis kabinet cap ayam tak sudah sudah....lepas suruh boikot peniaga cina ....kini suruh boikot petani yang menyokong pakatan rakyat pulak dah....!!!.!!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI