gunung di puncak everest yang masih perawan



SEHINGGA kini, Gunung Gangkhar Puensum masih kekal sebagai gunung yang tidak akan didaki



EMPAT cubaan mendaki gunung tersebut dilakukan pada tahun 1985 dan 1986 tetapi semuanya gagal untuk sampai ke puncak Gunung Gangkhar Puensum.

Berdiri di puncak tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest yang mempunyai ketinggian 8,850 meter, sering menjadi impian setiap pendaki.

Sehingga ke hari ini, golongan pendaki baik tua atau muda masih menyimpan keinginan untuk menawan puncaknya termasuklah mereka yang pernah mendaki gunung itu.

Gunung itu mampu menarik ratusan orang pada setiap musim pendakian, malah pada musim sejuk sekalipun, Everest tetap didaki peminatnya.

Walaupun begitu, terdapat juga puncak tertinggi dunia yang masih perawan iaitu Gunung Gangkhar Puensum.

Gangkhar Puensum merupakan gunung tertinggi di Bhutan dengan ketinggian 7,570 meter dari aras permukaan laut dan ia juga merupakan gunung ke-40 tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, gunung tersebut masih kekal sebagai gunung yang belum didaki dan kewujudannya seakan-akan dilupakan apabila kebanyakan puncak di Himalaya sudah didaki sejak sedekad lalu.

Gunung Gangkhar Puensum terletak di garis sempadan antara Bhutan dan Tibet. Kedudukan sebenar gunung itu masih tidak diketahui kerana China meletakkan sebahagian puncak gunung itu dalam peta negaranya tetapi ada pihak lain yang mendakwa keseluruhan gunung tersebut berada dalam negara Bhutan.

Apabila gunung itu kali pertama dipetakan dan diukur pada tahun 1922, kedudukannya belum dapat disahkan. Sehingga ke hari ini, peta mengenai kedudukan sebenar gunung tersebut masih berada di lokasi berbeza dan ditanda dengan ketinggian berlainan.

Bhutan membuka gunung itu kepada pendaki hanya pada tahun 1983. Penduduk setempat pula mempercayai puncak gunung itu menjadi lokasi tempat tinggal roh nenek moyang.

Antara tahun 1985 dan 1986, empat cubaan mendaki gunung tersebut dilakukan tetapi semuanya gagal untuk sampai ke puncak Gunung Gangkhar Puensum.

Kerajaan Bhutan kemudiannya menarik balik kebenaran mendaki gunung tersebut sebelum membenarkan semula pendakian dilakukan di gunung tersebut pada tahun 1994.

Kebenaran pendakian semula itu turut disertakan dengan syarat, pendaki tidak boleh melakukan pendakian melepasi ketinggian 6,000 meter untuk menghormati kepercayaan penduduk setempat yang puncak gunung tersebut merupakan tempat tinggal roh.

Pada tahun 1998, sekumpulan ekspedisi rakyat Jepun memohon permit kebenaran melalui Persatuan Pendaki China untuk mendaki Gunung Gangkhar Puensum di bahagian utara Bhutan iaitu dari wilayah Tibet.

Bagaimanapun, disebabkan masalah persempadanan yang belum dapat diputuskan dengan Bhutan menjadi punca permit itu dibatalkan. Kumpulan ekspedisi itu turut memohon untuk mendaki satu lagi cabang puncak Gangkhar Puensum yang dinamakan sebagai Liangkang Kangri.

Puncak Liangkang Kangri adalah setinggi 7,535 meter tetapi puncak itu juga gagal ditawan oleh kumpulan pendaki tersebut.

Akhirnya pada tahun 2004, gunung itu ditutup terus daripada sebarang pendakian.

Setakat ini, kerajaan Bhutan tidak pernah melakukan sebarang kajian terperinci mengenai ketinggian atau kedudukan sebenar gunung itu berada kerana mereka berasakan tiada sebarang kepentingan untuk berbuat demikian.

Sehingga kini, Gunung Gangkhar Puensum masih kekal sebagai gunung yang tidak akan didaki.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI