kreatif betul untuk cegah pelanggan buat wayang dalam panggung wayang



SYABAS diucapkan kepada Lotus Five Star sebab menjadi panggung wayang yang sungguh prihatian terhadap kemungkinan premis mereka dijadikan tempat menonton wayang sambil ‘buat wayang’ oleh pelanggan terutama pasangan kekasih.

Kini tersebar gambar notis  larangan yang diletakkan di kaunter memaklumkan bahawa kerusi berkembar atau couple seat di pawagam Lotus Five Star tidak boleh diduduki oleh pelanggan bukan muhrim.

Dalam erti kata lain, tempat duduk tersebut tidak akan dijual kepada pelanggan kekasih beragama Islam yang belum ada ikatan pernikahan sah.

Bagi yang tak pasti mana satu Lotus, ianya adalah pawagam yang biasanya menayangkan filem Hindi dan Tamil sahaja.

Bila difikirkan, logik juga arahan berkenaan memandangkan tempoh tayangan filem Tamil atau Hindi biasanya mencecah 3 jam atau lebih, jadi dalam waktu tersebut macam-macam hal boleh jadi…

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI