resepi singgang serani ikan pari




BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram ikan pari
2 batang serai, diketuk
1 biji tomato, belah 4
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis MAGGI (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sebagai hiasan

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HANCUR :-)

6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci dan perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan2 tumbuk hancur dan masak hingga naik minyak.

Tuang air secukupnya (anggaran 700 ml), kacau rata dan masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis (jika guna), biar mendidih. Tambah ikan pari, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.

Masak hingga ikan pari masak, masukkan tomato, biar sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan, jika suka..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI