hantu muncul di rumah peaches geldof




Peaches Geldof

LONDON - Peaches Geldof percaya, di rumahnya ada hantu. Hal tersebut mulai terbongkar saat dirinya berada di bilik mandi. Saat itu, Peaches dan anaknya, Astala, mengambil foto berdua di bilik mandi. Namun, setelah dia melihat hasil gambarya,

Peaches sangat terkejut, kerana melihat ada tangan di bahunya. Tidak ada penjelasan sama sekali mengenai tangan tersebut.

Namun, bekas model ini percaya, tangan tersebut milik seorang wanita yang bunuh diri sekira 100 tahun lalu, setelah melahirkan bayi yang telah meninggal. "Rumah ini dibina pada tahun 1920 oleh seorang lelaki kaya, dan isterinya yang sedang hamil.

Namun, isterinya melahirkan seorang bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan. Dia begitu tertekan, dan menjadi gila. Rupanya, dia menenggelamkan diri di tab mandi, "ujar Peaches.

Lebih lanjut, Peaches mendedahkan, " kehadirannya tidak menunjukkan amarah, seperti keibuan dan teman. Mungkin kerana mempunyai suasana rumah yang indah. Mungkin dia menunjukkan kehadirannya kerana dia senang ada bayi di sekitarnya. " Peaches kemudian menceritakan kejadian lain.

Dia pernah tidur tanpa menutup pintu bilik di malam hari. Lalu, hantu tersebut datang lagi. Kemudian, Peaches mula menyiasat sejarah dari rumah yang dihuninya di Kent, bahagian tenggara Inggeris.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI