wanita mati tercekik coklat



MALANG memang tak berbau. Akibat terlelap ketika sedang mengunyah coklat, seorang wanita menemui ajalnya kerana tercekik snek tersebut.

Kejadian malang yang berlaku di United Kingdom itu menimpa seorang ibu muda, Candice Campbell, 25 ketika dia asyik menonton televisyen di sisi tunangnya.

Sebelum kejadian wanita tersebut mengambil sejenis ubat tahan sakit kerana mengalami ketidakselesaan pada perut selepas melahirkan anak setahun lalu.

Akibat kesan pengambilan ubat tersebut, Campbell yang sedang mengunyah coklat jenama Kinder Bueno tiba-tiba terlelap tanpa disedari.

Malangnya, kunyahan yang berada dalam mulut Campbell belum sempat ditelannya lantas ia menjadi punca wanita itu tercekik dan tidak dapat bernafas.

Tunangnya, Geoffrey Burns hanya menyedari situasi tersebut setelah Campbell terkulai di sebelahnya.

Berdasarkan sumber sahih, wanita itu sering mengalami kesakitan di bahagian perut selepas melahirkan anaknya, Harrison. Oleh itu, dia terpaksa mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan itu.

Ujar Burns, dia yang turut terlelap ketika menonton TV, hanya menyedari keadaan Campbell kira-kira jam 5.30 pagi, beberapa jam selepas kedua-duanya tertidur.

“Candice sedang menjamah Kinder Bueno dan saya menasihatinya untuk tidak memakan coklat kerana ketika itu dia mungkin akan tertidur akibat ubat.

“Nmaun saya terlalu penat sehinggakan turut tertidur selepas itu,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI