cuba bunuh diri dipaksa kahwin wanita hodoh




CHINA – Hati kering, sanggup bunuh diri kerana terlalu sedih selepas dipaksa berkahwin dengan wanita hodoh.

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang terjun ke dalam sebuah tasik di Shiyan, gara-gara dipaksa oleh ibu bapanya untuk berkahwin dengan wanita terbabit.

Dia bagaimanapun diselamatkan oleh polis selepas mereka menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dilihat cuba melemaskan dirinya.


Menurut anggota polis yang menyelamat lelaki berkenaan, Hou Kunshan, selepas melihat lelaki itu, dia terus terjun ke dalam tasik tersebut tanpa berfikir lagi.

“Saya nampak seorang lelaki terapung dengan muka di bahagian bawah. Kami tidak dapat melihat keadaannya tetapi apabila saya menghampirinya, keadaannya sangat serius.

“Saya kemudian menariknya ke tepi dan disebabkan saya tidak mempunyai tenaga untuk membawanya naik ke permukaan, kami terpaksa menunggu bomba ,’’ katanya.

Hou berkata, selepas dibawa naik ke permukaan, lelaki itu memberitahu keluarganya telah menemui seorang wanita dan kemudian mengatur perkahwinan mereka berdua.

“Disebabkan wajah wanita itu tidak menarik dan ditambah dengan tekanan daripada keluarganya untuk mengahwini wanita itu, dia menjadi tertekan lalu memilih bunuh diri,’’ kata Hou.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital untuk proses pemulihan dan kini dilaporkan semakin pulih.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI