merajuk sampai masuk hutan
Healezry yang kelaparan diriba ibunya ketika disuap makanan oleh ayahnya kelmarin.
TENOM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun 11 bulan yang hilang lebih 18 jam dalam hutan selepas keluar seorang diri dipercayai kerana merajuk dengan ibunya ditemui dalam keadaan menangis teresak-esak di kawasan hutan di Kampung Kuala Tolokoson, Kemabong dekat sini kelmarin.
Kanak-kanak berkenaan yang dikenali Healezry Zeandfly Henderi yang hanya bersinglet dan berseluar pendek itu ditemui pukul 10.25 pagi dengan jarak 300 meter dari rumahnya.
Dikatakan anak bongsu daripada dua beradik itu merajuk selepas dilarang mengikuti ibunya, Moina Barahin, 27, memasuki tandas yang berada di luar rumah kerana ingin membuang air kecil.
Penempatan rumah kanak-kanak itu terletak kira-kira 36 kilometer dari Pekan Tenom, berada dalam persekitaran dipenuhi kebun getah dan hutan di bahagian hadapan rumahnya selain Sungai Padas di bahagian belakang rumah.
Seorang anggota bomba dan penyelamat Tenom memujuk Healezry yang ditemui dalam semak selepas hilang lebih 18 jam di Kampung Kuala Tolokoson, Kemabong dekat Tenom, Sabah semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Aziz Ajap berkata, kedudukan kanak-kanak itu dikesan apabila pihaknya mendengar tangisan kira-kira 3 minit di kawasan penemuan.
“Sebaik mendengar tangisan tersebut, kami memanggil namanya sebelum dia menyahut dengan bunyi suara uhhhh,uhhhh.
“Berdasarkan sahutan itu, kami cuba mengesan kedudukannya sebelum melihat kepala kanak-kanak berkenaan dalam rimbunan semak,” katanya .
Menurutnya, sewaktu dihampiri, kanak-kanak itu berada dalam keadaan duduk sambil menangis dan pihaknya mengambil masa kira-kira dua minit bagi memujuk kanak-kanak lelaki terbabit sebelum membawanya keluar.
Tambahnya, Healezry dilihat dalam keadaan letih akibat kelaparan selain keadaannya yang kotor dan comot.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI