mati tertelan plastik



HASIL bedah siasat pakar menemui pelbagai jenis sampah terutamanya plastik di dalam perut ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di Teluk Layang, Likas baru-baru ini.

KOTA KINABALU – Seekor ikan lumba-lumba jenis Risso’s Dolphin yang ditemui terdampar di Teluk Layang di sini sebelum ini dilaporkan mati Rabu lalu dipercayai akibat tertelan hampir 4.25 kilogram sampah termasuk pelbagai jenis plastik.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr. Sen Nathan berkata, penemuan plastik tersebut adalah hasil bedah siasat pihaknya ke atas perut ikan lumba-lumba jantan tersebut setelah disahkan mati pukul 11.20 pagi pada hari berkenaan.



INILAH antara 33 plastik ditemui pakar di dalam perut ikan lumba-lumba yang mengganggu sistem pencernaan dan pernafasan mamalia itu.

“Sebanyak 33 plastik dan satu pelekat ditemui di dalam perut ikan berkenaan.

“Plastik tersebut yang tidak terurai telah menghalang sistem pencernaan makanan yang seterusnya menyukarkan pernafasan ikan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini di laporkan  penemuan seekor ikan lumba-lumba jenis Risso’s Dolphin sepanjang tiga meter seberat 300 kilogram terdampar di Teluk Dayang, Likas dekat sini pada 19 Mac lalu.

Sen memberitahu, kemungkinan besar ikan lumba-lumba berkenaan memakan plastik itu kerana menyangka ia adalah sotong.

Ujarnya, ini kerana saiz plastik tersebut sama seperti seekor sotong kecil.

“Sepanjang rawatannya selama tujuh hari, ikan lumba-lumba itu telah diberikan rawatan antibiotik, ubat tahan sakit, ubat antiparasit, perangsang selera makan, pelindung gastrik, pelbagai jenis vitamin, dan terapi cecair.

“Keadaan kesihatannya merosot dan muntah secara tiba-tiba sebelum mati,” jelasnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI