ulat berenga hidup dalam hidung lelaki tua




SAO PAULO, Brazil – Pemeriksaan rapi ke atas seorang lelaki berusia 65 tahun di sebuah hospital di sini menemui lebih 100 ekor ulat berenga di dalam saluran pernafasan pesakit berkenaan.

Penemuan ganjil itu dibuat tidak lama selepas dia menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan.

Seorang doktor dari Hospital Clinics di sini terkejut melihat ulat-ulat itu ketika menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas lelaki tersebut.

Lelaki itu datang ke hospital berkenaan selepas seminggu hidungnya berdarah tanpa henti. Dia turut mengadu rasa kebas di sebelah kiri saluran pernafasan, susah bernafas dan hidung berbau busuk.

“Lelaki itu didapati menghidap penyakit myiasis salur pernafasan iaitu jangkitan kulit oleh ulat. Rawatannya melibatkan menyapu air garam dan membuang larva ulat pada setiap hari dengan alat endoskop,” jelas kenyataan yang dikeluarkan hospital tersebut.

Jangkitan itu mula surut selepas empat hari dan warga emas itu dilaporkan telah pulih daripada pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan seumur hidupnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI