ketua tweeter negara nih tak reti bahasa agaknya...tuduh himpunan #KitaLawan nak rempuh penjara...kalau nak rempuh penjara dah lama kita buat lah banggang....!!!

Adakah Rafizi cuba rempuh penjara bebaskan Anwar, soal Khalid



hoi mangkuk....bukan senang nak jadi KPN...KTN boleh lah....nak jadi  barua rakyat atau balaci parti yang memerintah...?

Ketua Polis Negara hari ini bertanya sama ada Rafizi Ramli bertujuan menggunakan kekerasan mengeluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara apabila menggesa rakyat seramai mungkin menyertai himpunan #KitaLawan esok, lapor portal Malaysiakini.

Mengulas mengenai penahanan Rafizi petang tadi, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seruan naib presiden PKR itu mungkin boleh diterjemahkan sebagai menggesa orang ramai membebaskan Anwar keluar dari penjara.

"Rafizi minta penyokongnya datang beramai-ramai esok bagi membebaskan Anwar.

"Surat terbuka macam ni ada banyak maksud. Adakah beliau minta orang ramai rempuh penjara dan bawa keluar Anwar?

"Surat sebegitu akan memberi pengertian berbeza kepada mereka yang tidak faham," katanya.

PKR semalam mengarahkan pimpinan partinya mengerakkan semua ahlinya menghadiri perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur esok.

Rafizi berkata dalam kenyataan medianya, PKR penuh komited terhadap perhimpunan itu yang dianjurkan pelbagai badan bukan kerajaan.

"PKR berharap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia akan hadir dan bersuara demi menuntut hak kita dan menentang kezaliman kerajaan persekutuan.

"Kami juga berharap pihak berkuasa tidak cuba melanggar hak kami berhimpun secara aman," katanya.

Rafizi berkata, perhimpunan #KitaLawan selari dengan polisi PKR melindungi rakyat dalam menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, salah guna Akta Hasutan 1948 dan percubaan polis menyekat hak kebebasan berhimpun.

Khalid berkata, polis juga turut menyiasat Rafizi bagi mengenalpasti sejauh mana tersebarnya arahan kepada penyokong supaya hadir seramai mungkin esok, menurut laporan Malaysiakini.

"Kita mahu tahu reaksi penyokong terhadap seruannya membebaskan Anwar. Ini bahaya, polis tidak akan benarkan seruan sedemikian dibuat.

"Sebarang arahan yang boleh menimbulkan kekacauan, hanya akan menyebabkan kami(polis) mengambil tindakan," portal berita itu memetik beliau berkata.

Bagaimanapun, Khalid tidak mendedahkan berapa lama ahli Parlimen Pandan itu akan ditahan, sebaliknya menyatakan polis ada banyak perkara hendak dijelaskan dengan Rafizi.






##



pandeynya  KTN nih menterjermah  apa yang rafizi maksudkan...dia nih patut  dah di kenakan  akta hasutan pasal memandai mandai menuduh orang lain nak rempuh penjara...kenyataan  bodoh dan tak masuk akal seorang yang tak layak lansung menjawat KPN ...baik lu berhenti dari KPN dan jadi jurucakap UMNO  dan tweeter  sepenuh masa  dari menunjukkan sikap  yang berat sebelah dan menganiyai rakyat  yang nak menegakkan demokasi dan  menghapuskan sebarang penyelewengan di negara ini...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI