bangsat punya UMNO....depan burukkan komunis....belakang kata hubungan kerajaan Komunis China- kerajaan UMNO Malaysia kini terbaik dalam sejarah siap jemput komunis ke persidangan UMNO... ...sekarang siapa sebenarnya ejen komunis.......!!!!

Hubungan China-Malaysia kini terbaik dalam sejarah, kata Najib




China menganggap hubungan dua-hala dengan Malaysia adalah terbaik dalam sejarah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau (Presiden China Xi Jinping) meletakkan hubungan China dan Malaysia sebagai antara keutamaan yang tertinggi pada pandangan beliau," katanya selepas pertemuan dua hala dengan Jinping hari ini.

Najib juga berharap hubungan strategik yang menyeluruh dengan China akan diperkukuhkan dan menjadi lebih produktif selain dapat meningkatkan keberhasilannya.

Najib, yang juga menteri kewangan berada di China untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA).
Ini merupakan lawatan rasmi kelima beliau ke China, dan lawatan pertama ke forum ini yang diilhamkan selepas forum tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Perdana menteri berkata lawatan-lawatan seperti ini amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat mengkukuhkan lagi hubungan dua hala.

"Bukan saja cara formal tetapi hubungan erat secara peribadi antara pemimpin yang menjadikan hubungan kita lebih mantap lagi," kata beliau kepada media Malaysia selepas pertemuan selama 45-minit dengan presiden China itu.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata mereka menyentuh pelbagai isu termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan serta usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong China ke Malaysia.

Najib berkata selepas dua peristiwa iaitu tragedi MH370 dan kes penculikan di timur Sabah, bilangan pelancong China yang datang ke Malaysia menurun 9%  tahun lepas.

Justeru, katanya kerajaan perlu memgambil usaha-usaha yang lebih gigih untuk memulihkan keadaan ini, antaranya ialah memansuhkan bayaran visa untuk pelancong China.

"Ini akan membantu pihak China untuk melawat Malaysia dan yang kedua  langkah kita untuk membuka pejabat konsulat kita di Nanning dan Xi’an, dijangka pada tahun ini bagi membolehkan kita membuat pusat memproses visa.

"Kita juga berbincang tentang kerjasama dalam bidang pertahanan dengan mengadakan latihan ketenteraan pertama antara Malaysia dan China, " katanya.

Perdana menteri berkata Jinping juga menyatakan sokongan kerjasama negara itu untuk menjayakan peranan dan inisiatif Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun ini.

Katanya China juga memberi jaminan akan bekerjasama dengan Malaysia selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016. – Bernama, 28 Mac, 2015.




##



lidah biawak komodo...tak boleh pakai  cakap cakap UMNO  nih....depan burukkan komunis belakang jemput komunis ke persidangan UMNO...tipu melayu nak bunuh melayu ke nie...?


Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno 

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI