separuh syaitan...



Isyarat ini lebih kepada tingkahlaku gaya bercekak pinggang yang dilakukan oleh golongan Freemason. Ianya menerangkan berkenaan ahli Freemason peringkat Sublime Knight Of Elected Degree di dalam buku Richardson’s Monitor Of Freemasonry (mukasurat 147).

Pakar konspirasi seperti Marrs menghuraikan bahawa gaya ini dilakukan bagi menampilkan imej segitiga piramid ILLUMINATI pada bahagian tangan yang mencekak pinggang itu. Sebelah tangan yang membengkok seperti bucu segitiga akan membawa suatu maksud yang sangat rahsia bagi golongan Freemason.

Pada pandangan Sejagat, gaya cekak pinggang ini membuktikan bahawa agen-agen ILLUMINATI (yang bersimbol piramid) telah mempengaruhi sepenuhnya pertubuhan Freemason semenjak tercetusnya perjanjian pergabungan Freemason-ILLUMINATI pada pertengahan 1779. Kemungkinan juga selepas pergabungan itu, golongan ILLUMINATI yang menyertai Freemason mula menokok tambah dan mengubahsuai simbol-simbol amalan yang diamalkan Freemason selama ini.



Gaya bercekak pinggang ini juga digelar sebagai Separuh Syaitan Separuh Malaikat. Istilah ini digunakan oleh Texe Marrs berdasarkan artikel bertajuk “Part Devil, Part Angel”, tulisan Lance Morrow dalam majalah TIME edisi 29 April 2002.


Marrs percaya bahawa gaya bercekak pinggang yang dilakukan oleh Lyndon Baines Johnson bukanlah satu gaya kebetulan, ia mempunyai maksud yang tersirat. Ini berdasarkan latar belakang Lyndon sendiri yang merupakan ahli Freemason peringkat 3 Degree.

Lyndon yang terkenal dengan sikap kuat mabuk dan kuat merokok ini pernah dikaitkan sebagai antara orang dalam yang terlibat dalam komplot pembunuhan presiden John F Kennedy pada 1963. Hasil-hasil siasatan yang sangat cenderung mengesyaki keterlibatan Lyndon ini menyebabkan sebuah filem dokumentari mengenainya dihasilkan pada 25 Oktober 1988 melalui siaran History Channel dengan tajuk The Men Who Killed Kennedy dan ia juga dijual dalam bentuk DVD.



Raja bank Amerika era Perang Dunia Kedua, Winthtrop William Aldrich, melakukan gaya cekak pinggang atau separuh syaitan separuh malaikat. Aldrich yang menjadi pengerusi Chase Of National Bank ini juga disyaki sebagai individu yang berperanan menyumbang dana rahsia dalam Perang Dunia. Ini berdasarkan hubungan kekeluargaannya dengan raja bank Yahudi ketika itu iaitu John D Rockefeller di mana adik perempuannya Aldrich iaitu Abby Greene Aldrich telah berkahwin dengan John D Rockefeller pada 9 Oktober 1901.



Akhbar USA Today bertarikh 30 Disember 2001 telah mengeluarkan suatu artikel berkaitan Patricia F Russo iaitu pengerusi bagi syarikat Lucent Technologies. Syarikat ini menjalankan urusniaga berteraskan kejuruteraan pada 1 Disember 2006, ia telah bergabung bersama syarikat telekomunikasi dari Perancis iaitu Alcatel.

Apa yang ingin ditekankan disini ialah gaya Russo di dalam artikel akhbar USA Today. Gaya bercekak pinggang yang diperagakan oleh Russo sudah pasti atas cadangan jurugambar USA Today. Sama ada Russo adalah ahli Freemason atau jurugambar USA Today itu sendiri tidak dapat dikenalpasti. Apa yang pastinya gaya tersebut membawa maksud yang sama dengan gaya Lyndon B Johnson di dalam majalah TIME.

Pada 2007, majalah Forbes telah menyenaraikan Russo sebagai wanita ke 10 yang paling berpengaruh dalam dunia. Russo juga pernah menjadi pengerusi syarikat KODAK pada 2002 dan kini beliau telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah General Motors pada 23 Julai 2009.




Pamela Churchill Harriman memberikan gaya yang sama seperti Patricia Ross di dalam buku autobiografinya, Life Of The Party (1994). Pamela adalah ahli politik berpengaruh dari Parti Demokrat dan pernah berkahwin dengan bilionaire Yahudi, Baron Elie de Rothschild. Pamela meninggal dunia pada 5 Februari 1997 ketika berumur 76 tahun akibat pendarahan dalaman otak.

Will Rogers adalah pelakon komedi popular filem koboi Amerika era 1920an hingga 1930an. Rogers atau nama sebenarnya William Penn Adair Rogers juga seorang Freemason yang berpangkat Master Mason. Beliau menerima anugerah darjah Mason itu pada 13 Mac 1906 di Claremore Lodge, Oklahoma, Amerika Syarikat.

Richard Andrew Gephardt dari Parti Demokrat pernah dipertandingkan untuk calon presiden Amerika pada 2008 lalu. Menurut Marrs, gaya Gephardt dari majalah TIME edisi September 1996 ini sengaja diberikan gaya bercekak pinggang disamping latar belakang muka pintu.

Marrs mentafsirkan bahawa corak lantai yang licin itu meniru corak lantai Dewan Freemason. Manakala pakaian Gephardt pula adalah hitam putih yang melambangkan gabungan unsur baik dan jahat. Bilangan tiga anak tangga di belakangnya mewakili 3 Degree di dalam Freemason.

Berdasarkan gaya ini, Marrs mentafsirkan Gephardt adalah ahli Freemason yang memainkan peranan yang sangat rahsia dan tersembunyi di dalam politik Amerika. Tafsiran ini dikira tepat kerana Gephardt adalah salah seorang yang bersetuju dalam kutipan undian bagi memutuskan pencerobohan tentera Amerika Syarikat terhadap Iraq pada tahun 2002. Tetapi tiga tahun kemudian, Gephardt tiba-tiba beralih mengatakan tindakan menceroboh Iraq adalah salah dan satu kesilapan besar.



Potret Elias Ashmole dengan gaya bercekak pinggang dilukis oleh John Riley pada 1683 dan ianya tersimpan di Muzium Ashmolean, Oxford yang diberikan nama sempena namanya. Penyertaan Ashmole di dalam Freemason didedahkan melalui tulisan diarinya bertarikh 16 Oktober 1646. Di dalam diarinya beliau menyatakan “I was made as Freemason at Warrington in Lancashire, with Coll: Henry Mainwaring of Karincham in Cheshire.”



Pegawai tentera Amerika berbangsa Yahudi, Robert Edward Lee dengan gaya yang sama ketika pernah memegang jawatan Kolonel dan Jeneral ketika menyertai Perang Amerika Mexico 1845.

Briged Jeneral Albert Pike juga pegawai tentera Amerika era 1840an adalah seorang Freemason. Albert Pike dikatakan antara pemimpin ILLUMINATI selepas kematian Giuseppe Mazzini dari Itali pada 1872. Selain berpangkat 33 Degree, di dalam Freemason, Pike juga menghasilkan buku yang sangat berpengaruh kepada ahli-ahli Freemason iaitu Morals and Dogma (1871).



Edwin Eugene Aldrin atau lebih dikenali sebagai Buzz Aldrin adalah angkasawan kedua Amerika selepas Neil Armstrong (juga berbangsa Yahudi) yang berjalan di atas permukaan bulan. Aldrin juga seorang Freemason menunjukkan isyarat bercekak pinggang ketika gambarnya diambil di bulan.

Buzz Aldrin adalah ahli Freemason peringkat 33 Degree yang berdaftar di Mothclair Lodge, New Jersey, Amerika. Identiti Freemasonnya itu didedahkan sendiri oleh Aldrin di dalam buku autobiografinya yang bertajuk Return to Earth pada 1974.



Semenjak Aldrin diberi gelaran Buzz, istilah Buzz mula digunapakai secara tidak rasmi kepada sesiapa sahaja yang pernah menjadi angkasawan. Watak Buzz Lightyear di dalam siri kartun animasi Toy Story juga dinamakan berasaskan budaya gelaran pada nama Aldrin.

Semenjak bersara pada 1971, kisah Aldrin difilemkan pada 1976 dengan tajuk yang sama dengan bukunya. Return To Earth. Watak Aldrin yang ketagihan alkohol dilakonkan oleh aktor Cliff Robertson. Pada tahun 1994, Aldrin muncul sebagai watak animasi di dalam filem kartun The Simpson siri Deep Space Homer dengan menggunakan khidmat suaranya sendiri.



Kelab Setem Freemason di New York dan Britain juga telah mengeluarkan setem khusus untuk Buzz Aldrin. Setem ini dicetak sebagai tanda mengiktiraf ahli-ahli Freemason yang terdiri dari golongan individu-individu terkenal dalam pelbagai lapangan kerjaya.

Gaya bercekak pinggang ini tidak lebih daripada membawa konsep kejahatan atau kebaikan yang terselindung secara misteri. Konsep ini adalah konsep ‘talam dua muka’, adakalanya menjadi baik dan adakalanya menjadi jahat. Selain itu, ia juga boleh ditakrifkan sebagai peranan tersembunyi yang dimainkan oleh pelaku isyarat tersebut.




Di Malaysia, unsur-unsur isyarat ini juga boleh didapati pada patung Francis Light. Francis Light yang dikatakan pembuka negeri Pulau Pinang (sebenarnya lebih sesuai digelar penceroboh) adalah penjajah dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Beliau yang dilahirkan pada 1740 di England adalah seorang Freemason sama seperti pengasas Singapura, Stamford Raffles. Patung Francis Light dengan gaya bercekak pinggang itu boleh dilihat di Pulau Pinang.



Seperti mana juga patung Jose Protasio Rizal di Manila, Filipina, ia dibina sedemikian rupa (bercekak pinggang) sudah pasti untuk melambangkan identiti tersembunyi individu tersebut serta perjuangan nasional yang dibawanya. Seperti yang diterangkan sebelum ini, Rizal sememangnya seorang ahli Freemason yang sah dan beliau menyertai pertubuhan tersebut ketika belajar di Sepanyol.



Bagi mengenang jasanya sebagai pejuang bangsa dan Freemason. Golongan Mason Filipina di Amerika telah menubuhkan sebuah lodge khusus bersempena namanya iaitu Jose Rizal Lodge di alamat tingkat 19, American Room, 71 West 23rd Street, New York.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI