Info berkenaaan syarikat apple yang perlu anda tahu



Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal dengan sikap perahsia mereka. Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9 ‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California ini.

1.Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.






Komputer pertama Apple, Apple I dijual pada harga USD666.66. Steve Wozniak memutuskan untuk meletak harga tersebut tanpa menyedari yang nombor-nombor tersebut seringkali dikaitkan dengan nombor syaitan.

3.Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut




Apple adalah pelanggan terbesar Cathay Pasific. Ini adalah kerana Apple menghantar stok-stok mereka melalui penghantaran udara. Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat tersebut tidak terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang dihantar boleh terus dijual.

4.Macintosh adalah jenis buah epal



Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod nama yang digunakan untuk melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs dilaporkan menukar nama tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef Raskin tetapi tidak berjaya.
5.Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple

Pengasas bersama Apple, steve Wozniak yang mana antara individu terawal membantu Steve Jobs menubuhkan syarikat Apple pada tahun 1976 tidak lagi aktif bersama Apple. Akan tetapi dia masih pekerja Apple dengan rasminya dan menerima imbuhan kira-kira USD120,000 setahun dari Apple.


6.Oh wow, oh wow.



Kata-kata terakhir Steve Jobs sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ialah “oh wow, oh wow, oh wow” menurut adik perempuannya Mona Simpson. Mona Simpson adalah antara individu yang dibenarkan menyampaikan kata-kata sanjungan ketika hari memorial Steve Jobs.

7.Apple punya 3 orang pengasas bersama



Ronald adalah salah seorang pengasas Apple yang bertanggungjawab mereka logo Apple, menulis perjanjian perkongsian antara pengasas Apple dan menulis manual komputer Apple yang pertama Apple I. Akan tetapi dia menjual saham 10% miliknya yang bernilai USD800 kerana gusar dengan risiko hutang.
Nilai saham yang sama bernilai USD35 billion hari ini.

8.Ive pilih warna putih untuk iPad



Steve Jobs sangat menentang tentang idea menggunakan warna putih untuk produk mereka tetapi berjaya dipujuk oleh pereka produk Apple Sir Jony Ive
Dalam satu biografi terbaru Ive, bekas pereka produk Apple, Doug Satzger mengatakan yang Steve Jobs hanya mengalah untuk menggunakan warna putih selepas ditunjukkan variasi warna yang lain yang dipanggil ‘moon grey’.
Ive memang obsess dengan warna putih sebelum dia menyertai Apple lagi.

9.Obsesi pembungkusan



Pereka pembungkusan menghabiskan masa berjam-jam membuka kotak dalam sebuah bilik khas. Mereka cuba mencungkil keadaan sebenar emosi pembeli semasa membuka bungkusan produk Apple pada kali pertama. Memetik kenyataan Adam Lashinsky dalam buku terbaru beliau Inside Apple, beliau mengatakan bagaimana terperincinya Apple untuk memuaskan hati pelanggan semasa membuka bungkusan produk Apple.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI