restoren OLD TOWN White Coffee selama ini kita sangka non halal...pendedahan dan penjelasan ini menjelaskan segalanya..!!!



KECOH jadinya bila satu resit didakwa dikeluarkan restoran kopitiam terkenal di negara ini, memaparkan menu daripada babi.

Resit Old Town White Coffee tersebut yang tertera perkataan “toufu pork” kini viral di laman sosial Facebook dan dikongsikan meluas menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Hal ini membuatkan pengguna beragama Islam meluahkan kegusaran terhadap hidangan yang disediakan di kopitiam tersebut yang selama ini disangka halal.

Selain itu, ramai yang mempertikaikan perihal sijil halal dikeluarkan Jakim kepada Old Town White Cofee selama ini.

Diharapkan pihak berkuasa agama dan Old Town White Coffee sendiri dapat tampil menjelaskan dakwaan ini, sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma propaganda dilakukan pihak tertentu atau sememang  tidak halal tetapi di kelabu asapkan dan di war war sebagai halal.


Sebelum ini, kecoh di laman sosial mengenai aduan pelanggan yang mendakwa adanya hidangan tidak halal iaitu babi dalam menu restoran kopitiam OLDTOWN White Coffee.

Ia susulan perkataan ‘toufu pork’ dalam resit pembayaran yang diterima oleh pelanggan tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai status sijil halal yang dikeluarkan JAKIM kepada restoran tersebut.

Justeru, pihak OLDTOWN White Coffee telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi akaun Facebook mereka untuk menjelaskan situasi sebenar.

Menurut mereka, restoran tersebut tidak menghidangkan menu babi, sebaliknya ia merupakan satu kesilapan kerana menu tersebut sepatutnya dieja ‘Tau Fu Pok’, sejenis taufu goreng yang berasaskan soya.

Kenyataan itu turut menyebut, sijil halal yang mereka terima telah melalui proses yang sangat ketat dan untuk mengekalkannya, segala bahan, pembekal dan kebersihan perlu selari dengan syarat yang ditetapkan oleh JAKIM.

Pada masa yang sama, pihak restoran juga sedang berusaha untuk menghubungi pelanggan asal yang memuatnaik gambar resit tersebut bagi mengesan cawangan restoran yang melakukan kesilapan itu.


ini penjelasan pihak restoren...


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI