kisah hantu bungkus



Wajah Hantu Bungkus yang tak berapa nak hensem sangat…nampak ada unsur unsur menyeramkan



unsur unsur seram  hilang bila terkantoi makan nasi bungkus di musim pru...he he he

Hantu bungkus yang juga dikenali sebagai hantu bunjut, punjut, kocong atau pocong adalah sejenis hantu yang berbentuk seperti jenazah yang telah dikafankan atau seperti sebuah bungkusan besar yang dibaluti dengan kain putih.

Dikatakan di dalam bungkusan tersebut tidak mengandungi jasadnya dan jika dibuka bahagian mukanya, didapati akan kosong berbanding hantu bangkit yang mempunyai rupa. Kedudukan badannya dikatakan akan bengkok sedikit dan kepalanya terhoyong hayang semasa melompat. Kononnya akan ghaib dan menjelma semula semasa melompat.

Selain berada di kawasan perkuburan, hantu ini dikatakan suka menjelmakan diri di tengah-tengah jalan raya secara tiba-tiba. Ada juga kes kemalangan dikaitkan kononnya kemunculan hantu ini di tengah malam apabila mangsa sedang memandu bersendirian. Hantu bungkus dipercayai mampu bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Mangsa yang terserempak dengan hantu bungkus boleh ‘melarikan diri’ sekiranya mangsa berlari seperti larian ular dipalu. Hantu bungkus didakwa tidak mampu mengekorinya dengan cara larian sebegitu.

Menurut masyarakat Melayu satu ketika dahulu, hantu amat ditakuti kerana berasal dari perempuan yang mati ketika melahirkan anak. Ia dikatakan suka duduk termenung memerhatikan bulan mengambang.

Biasanya, hantu tersebut dapat ditemui di kawasan-kawasan perkampungan dan ia akan melonjak-lonjak seolah-olah sedang mencari sesuatu. Lompatannya dikatakan mampu menjangkau sehingga 50 ke 100 meter atau lebih. Rumah yang dikunjungi oleh hantu bungkus ini sering dikaitkan dengan bunyi dentuman di dinding rumah sebagai tanda kehadirannya.

Hantu bungkus dikatakan akan meminta pertolongan supaya membuka ikatan di kepalanya sekiranya terserempak dengan mangsa. Hal sebegini hampir sama dengan hantu golek.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sekiranya hantu bungkus berjaya ditangkap dan kain yang membalutinya dibuka, ia akan mengeluarkan jongkong emas !

Menurut cerita-cerita orang tua, sekiranya kita berhajat untuk menjadikan hantu bungkus ini sebagai orang suruhan kita seumur hidup, hendaklah dibalingkan segenggam tanah ke mukanya yang kosong ketika terserempak dengannya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI