mesin gergaji terbesar di dunia



SEBUAH mesin gergaji gergasi yang dirakamkan Popov ketika melawat lombong arang batu di Bogotyr, Kazakhstan baru-baru ini.

BOGOTYR, Kazakhstan – Seorang jurugambar warga Rusia merakam satu mesin gergaji yang digunakan di sebuah kawasan perlombongan di sini dan dianggap sebagai gergaji terbesar di dunia.

Mesin gergaji seberat kira-kira 45,000 tan dan memerlukan seramai 27 pekerja untuk beroperasi itu digunakan untuk memotong bukit bagi tujuan melombong arang batu.

Jurugambar tersebut, Alexander Popov berkata, dia pernah melihat pelbagai jenis mesin gergasi di seluruh dunia sebelum ini tetapi tidak pernah melihat mesin gergaji sebesar itu.

Popov berkata, dia mengembara ke Kazakhstan untuk mengambil gambar mesin dan kawasan perlombongan arang batu yang merupakan antara terbesar di dunia.

“Mesin gergaji setinggi 12 meter ini sangat menakjubkan dan pembuat mesin itu memberitahu bahawa mesin gergaji berkenaan adalah yang terbesar di dunia,” katanya.

Menurutnya, mesin gergaji yang bernilai £66 juta (RM362 juta) itu mampu menghancurkan sebuah bukit setinggi bangunan empat tingkat dan boleh melombong lebih 4,500 tan arang batu dalam tempoh satu jam

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI