malaysia isytihar MH370 satu kemalangan...semua 239 mangsa diisytihar terkorban..teori kemalangan menjadi misteri...!!!



Malaysia semalam mengisytiharkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 10 bulan lalu ialah satu kemalangan, mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan menyedari kenyataan ini sangat sukar untuk dipertimbangkan keluarga dan orang tersayang mereka yang terlibat, apatah lagi untuk menerimanya.

"Bagaimanapun, penting bagi ahli keluarga cuba meneruskan kehidupan seperti biasa, atau senormal mungkin, selepas mengalami kehilangan secara tiba-tiba ini. Tanpa sebarang niat menghapuskan perasaan ahli keluarga, diharapkan pengisytiharan ini akan membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang mereka perlukan, khususnya melalui proses pampasan," katanya.

Kenyataan itu, yang boleh didapati di laman web Jabatan Penerbangan Awam, dibaca Azharuddin dalam satu siaran secara langsung di stesen televisyen petang ini.

"Dengan hati yang sangat berat dan kesedihan yang sangat mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan MH370 satu kemalangan mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan semua 239 penumpang dan anak kapal dianggap meninggal dunia," kata Azharuddin.

MAS, katanya, akan menjalankan tanggungjawab berkaitan hak dan kepentingan waris sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang, dan bersedia meneruskan proses pampasan kepada keluarga mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang malang itu.

"Ini termasuk memenuhi proses pampasan, sama ada yang dituntut melalui rundingan atau tindakan undang-undang."

Azharuddin berkata pengisytiharan itu dibuat mengikut Konvensyen Chicago, mengambil kira perihal keadaan dan data yang diperolehi.

Menurut Lampiran 13, definisi "kemalangan" termasuk "pesawat yang hilang." Ia juga menyatakan "kapal terbang dianggap hilang apabila carian rasmi ditamatkan dan bangkainya tidak dijumpainya".

Lampiran itu juga menyatakan operasi mencari dan menyelamat hendaklah diteruskan, sekiranya boleh, sehingga semua mangsa dihantar ke suatu tempat selamat atau sehingga tiada lagi harapan untuk menyelamatkan mangsa.

Walaupun carian selama 327 hari itu "mengecewakan", Azharuddin berkata, negara yang terlibat dalam pasukan carian tidak pernah goyah dalam komitmen mereka, sambil menambah Malaysia akan meneruskan usaha bagi mencari penyelesaian kepada tragedi itu.

"Kerajaan Malaysia juga memberi kepastian kepada keluarga penumpang dan anak kapal terlibat yang carian MH370 masih merupakan satu keutamaan.

"Pengisytiharan ini bukan bermakna ia sudah berakhir. Kami akan teruskan usaha dengan kerjasama dan bantuan dari kerajaan China dan Australia. MH370, penumpang dan anak kapalnya akan sentiasa diingati dan dihargai."

MH370 hilang kurang satu jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanyakan penumpang merupakan warga China.

Operasi mencari dan menyelamat pada mulanya meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal serta pakar dari 25 buah negara.

Pada 28 April 2014, fasa mencari dan menyelamat beralih kepada fasa pencarian di dasar laut diketuai Pusat Bersama Agensi Penyelarasan (JACC) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

"Ketika ini, pencarian dalam air masih diteruskan oleh empat kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Penyokong. Setakat ini, pencarian meliputi lebih 18,600 kilometer persegi," kata Azharuddin hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan hari ini, perisytiharan itu akan memastikan semua bantuan akan diberikan kepada waris penumpang dan anak kapal terlibat.

"Pengumuman ini tidak mempunyai kesan kepada operasi mencari. Pencarian MH370 akan diteruskan. Kerajaan Malaysia, China dan Australia kekal komited meneruskan carian yang masih berjalan," kata Liow merujuk operasi pencarian berterusan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pesawat MAS jenis Boeing 777 itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.


##


Terlalu banyak  bercakap tentang menjadikan  negara ini negara  maju dan berpendapatan tinggi tapi cara mengendalikan kes  ini  lebih teruk dari indonesia..

Tiada  segitiga bermuda  dan kehilangan pesawat secara tiba tiba di rantau ini ,tapi tiba tiba  kehilangan pesawat mh 370 menjadi  misteri .Kita seharus tidak menolak teori bahawa  ada konsipirasi  tangan ghaib kuasa besar  amerika dan yahudi  terlibat dengan  kehilangan pesawat  ini.Demi menjadi menjaga kepentingan kuasa besar lahanat ini ,apa apa pun boleh terjadi

ada pesawat  hilang di seluruh dunia...tapi yang pelik  pesawat mh 370  hilang bukan di segitiga bermuda...konsipirasi..?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI