awas....kes langgar belakang kereta taktik licik penjenayah




KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 kes samun kereta menerusi modus operandi melanggar bahagian belakang kereta mangsa terlebih dahulu dilaporkan berlaku sejak Jun tahun lepas di sekitar sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), SAC Zainuddin Ahmad berkata antara kereta yang sering menjadi sasaran ialah Toyota Hilux, Toyota Camry dan Honda CRV.

“Kejadian dilaporkan kerap berlaku di sekitar Brickfields, Cheras dan Sentul. Kebanyakan kejadian melibatkan susur keluar bersempadan antara lebuh raya atau laluan Kuala Lumpur ke Selangor.

“Pada Jun hingga Dis tahun lepas, sebanyak 33 kes dilaporkan manakala di bulan Januari sehingga kini, sebanyak 11 kes dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata jenayah itu dilakukan oleh dua hingga empat lelaki sekitar 6 pagi hingga tengah hari dan dari 6 petang hingga tengah malam.

“Modus operandi kumpulan penjenayah ini adalah melanggar kereta mangsa dari belakang, mengacukan senjata tajam dan melarikan kereta selepas mangsa menghentikan kereta di tepi jalan untuk berbincang mengenai kemalangan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberhenti kenderaan di tepi jalan selepas dilanggar tetapi terus ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah D9 IPKKL boleh dihubungi di talian 03-21460685 atau hotline 03-211599999. – BERNAMA

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI