wah...ini betul betul gaya gengster tamil ....bawa pistol di khalayak ramai...lepas tu tiru UMNO....mula mual hayun keris kontot bersarung lepas tu mula bergaduh...!!!




PERGOLAKAN dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC, hari ini menimbulkan pula isu baru.

Sekeping foto memaparkan naib presidennya, Datuk M. Saravanan memiliki sepucuk pistol yang diselitkan di pinggang menjadi viral dan perbualan hangat warga maya.

Gambar tersebut dikatakan telah dirakam di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur yang mana ia menjadi lokasi beliau mengadakan sidang media pada Rabu lalu.

Menurut laporan media, sidang media tersebut berlangsung dalam suasana tegang kerana sebelum ia bermula, Saravanan telah dihalang masuk ke dalam dewan oleh kira-kira 20 individu upahan pihak ‘musuh’ politiknya.

Selain itu, dalam sidang media tersebut, Saravanan mendedahkan bahawa dirinya menerima ugutan bunuh melalui dua panggilan telefon.

Memetik kenyataan Saravanan dari portal Malaysiakini, dia berkata, beliau memiliki lesen untuk senjata api jenis glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada mana-mana individu.

“Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun. Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta.

Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut. Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa.”

Malaysiakini turut melaporkan, pihak polis akan membuat perbincangan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkenaan cara beliau mengendalikan senjata api tersebut.

Menurut polis, ia perlu dibawa dengan berhati-hati bagi mengelakkan situasi merbahaya seperti diragut ketika pergelutan.


rupanya sebelum ini....




20 Orang Cuba Sekat Saravanan, Beliau Turut Diugut Bunuh


Kira-kira 20 orang individu hari ini cuba menyekat kehadiran Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan daripada masuk ke dalam premis Ibu Pejabat MIC di ibu negara.

Ketika kejadian, kumpulan itu mengakui mereka dilantik oleh Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumaar Aaman semalam untuk menjaga keselamatan bangunan itu.

Menurut laporan portal Malaysiakini, beberapa orang kumpulan yang mengiringi Saravanan pula berteriak : “Palanivel sudah mabuk”.

Situasi tegang itu dilaporkan berlanjutkan sehingga satu jam sehingga pihak polis sampai dan orang ramai bersurai.

Kemudiannya, sebentar tadi Saravanan mengadakan sidang media selepas kejadian berkenaan dan mendedahkan bahawa beliau menerima dua ancaman dibunuh melalui panggilan telefon.

Beliau memainkan semula audio ancaman itu melalui pembesar suara telefonnya untuk didengari bersama para wartawan media.

Pemanggil itu bercakap dalam bahasa Melayu dan mengancam hendak menembak Saravanan.

Saravanan kemudian mengejeknya supaya benar-benar menembaknya kerana “pemberita mahu melihatnya”.

Hari ini, Palanivel turut membuat pengumuman perubahan beberapa jawatan utama dalam MIC yang dilihat antara pencetus ketegangan pada hari ini.

Antara yang terlibat ialah Saravanan yang digugurkan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan dan digantikan dengan Datuk Rajoo Vyraperumal.

Saravanan dikatakan merupakan antara pemimpin MIC yang dilihat mengeluarkan kenyataan media berkenaan kemelut dalaman parti itu bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini.



##

gengster  UMNO  apa kurangnya....setakat  tunjuk keris kontot bersarung  dan isyarat lucah...kemudian baru  berperang...tak kira lah baling kerusi..atau tumbuk menumbuk atau tembak menembak jika perlu...










Tembakan amaran lerai pergaduhan mesyuarat UMNO

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI