selepas 10 tahun tsunami berlalu ,mangsa di kedah masih belum dapat rumah



KUALA MUDA: Selepas 10 tahun tragedi tsunami yang kesannya turut membadai negara ini, masih terdapat mangsa tragedi itu yang belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Tepi Sungai, Ismail Osman, 59 tahun memaklumkan, sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tidak dilakukan sebaliknya perumahan dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukannya.

“Selepas tsunami, Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Adun Pantai Merdeka, Dr Shuib Saidin maklum kerajaan telah gazetkan tanah 150 hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengisytiharkan untuk penempatan semula ketika itu.

"Pemindahan Fasa Satu sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk atau lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Katong. Manakala pihak kami Fasa Dua iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta berpotensi kena tsunami semula.

"Kami dijanjikan akan diberi juga penempatan untuk mengelak tragedi yang mengundang maut berkenaan. Kebanyakan rumah penduduk Fasa Dua hanya sekitar 30-50 meter sahaja daripada gigi air laut," terangnya ketika menerima ziarah Dewan Pemuda PAS Sungai Petani di rumahnya, di sini 28 Januari.

Jelasnya lagi, beliau terkejut kerana Kerajaan Persekutuan ketika itu telah membina Fasa Dua di Kuala Muda, Kepala Batas iaitu kawasan perdana menteri dan bukannya di Kuala Muda Kedah.

Sebaliknya beliau berkata, 450 keluarga dari Kuala Muda, Kepala Batas pula dipindahkan ke perumahan baru di Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas, sedangkan tempat mereka kurang berisiko seperti di persisiran pantai Kuala Muda.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ibrahim Latif berkata, pihaknya telah berusaha melalui pelbagai cara termasuk menghantar surat ke Putrajaya dan mengusulkan dalam mesyuarat Umno.

"Kami berjaya dapat maklum balas Jabatan Perdana Menteri pada 19 Julai 2010 yang menyatakan dalam perhatian dan pertimbangan.

"Tetapi hingga kini tiada tindakan. Kami mohon isu ini jangan dipolitikkan dan tujuan pihak kami agar pihak Pemuda PAS dapat membantu menyuarakan hal kebajikan kami," katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI