lampu flash rakaman selfie pada sebarang peranti android




Terdapat beberapa telefon pintar baru yang hadir dengan sokongan LED Flash pada bahagian hadapan. Sekiranya telefon yang diminati anda tiada lampu Flash hadapan, tetapi anda benar-benar inginkannya, mungkin aksesori khusus daripada Lenovo ini boleh membantu anda.

Dipanggil sebagai Lenovo VIBE Xtension Selfie Flash, ia dihubungkan ke peranti Android melalui port audio-jack. Memandangkan kebanyakkan telefon pintar meletakkan port audio-jack pada bahagian atas, maka aksesori ini boleh digunakan oleh anda ketika merakamkan gambar selfie, sekaligus menjadikan rakaman anda lebih jelas walaupun pada keadaan lampu malap.

Ia agak menarik memandangkan aksesori ini daripada Lenovo bukan hanya terhad kepada peranti mereka sahaja, sebaliknya boleh digunakan oleh pelbagai peranti Android lain dipasaran.

Lenovo VIBE Xtension Selfie Flash ini bakal dijual di pasaran bermula bulan April ini, dan membawakan harga sebanyak$29 (~RM100).

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI