sakit mental...kahwini diri sendiri selepas gagal cari calon suami



ELBEY (dua dari kanan) bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya yang hadir pada majlis perkahwinannya.

HOUSTON, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang gagal menemui pasangan hidup untuk dijadikan suami telah mengambil keputusan dengan mengahwini dirinya sendiri kerana bosan menunggu terlalu lama.

Wanita itu, Yasmin Elbey, 40, pernah membuat perjanjian ketika berusia 38 tahun untuk berkahwin dengan dirinya sendiri sekiranya dia gagal mencari calon suami apabila usianya mencecah 40 tahun.

Elbey yang kini berusia 40 tahun akhirnya mengotakan janjinya apabila berkahwin dengan dirinya sendiri dalam satu majlis pada awal bulan ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya benar-benar tidak dapat menggambarkan perasaan saya sejak beberapa minggu lalu,” kata Elbey menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya.

Katanya lagi, dia berasa terharu dengan sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga serta rakan-rakannya ketika majlis perkahwinan itu berlangsung.

Selepas melangsungkan perkahwinan dengan diri sendiri, Elbey kini sedang merancang untuk berbulan madu di beberapa buah negara seperti Kemboja, Laos dan Dubai tidak lama lagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI