resepi umbut kelapa masak lemak
BAHAN-BAHANNYA :-)
1+ kg umbut kelapa
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1.5 liter santan cair
600 ml pati santan
1 1/2 camca besar udang kering, renda 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Umbut kelapa dihiris nipis, celur dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam, selama 2 minit dan toskan. Masukkan umbut tadi ke dalam periuk bersama udang kering, bawang besar, bawang putih dan serai ketuk. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih, kalau selalu.
Tambah daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin goreng/ikan goreng. Kalau anda nak tambah lada hitam kisar juga boleh..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI