ribut berkelajuan 140 km/j landa australia



SEORANG penduduk memeriksa kediamannya yang rosak teruk selepas ribut kencang membadai bandar raya Brisbane di pantai timur Australia kelmarin.

BRISBANE – Ribut kencang beserta hujan batu yang melanda pantai timur Australia lewat kelmarin menyebabkan beberapa pesawat terbalik dan banyak bumbung kediaman diterbangkan angin.

Ribut berkenaan juga menyebabkan kerugian lebih AS$85 juta (RM287 juta) selepas pihak tentera dikerah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Menurut beberapa pegawai tempatan, ribut tu merupakan antara yang terburuk di Australia dan paling kuat pernah melanda bandar raya ini sejak tiga dekad lalu. Bencana itu menyebabkan hujan batu sebesar bola tenis merejam sejumlah kereta dan bangunan, menyebabkan beberapa jalan raya dilanda banjir dan mencederakan 39 orang.

Ia yang membawa angin selaju 140 kilometer sejam (kmj) turut menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan empat buah pesawat ringan terbalik di Lapangan Terbang Archerfield, kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar raya ini.

“Suasana ketika itu seperti hari kiamat,” kata seorang penghuni sebuah bangunan apartmen yang bumbungnya diterbangkan angin kencang sejauh 100 meter.

Seorang lagi penduduk Brisbane berkata, hujan batu itu bergerak seperti peluru.

“Anak perempuan saya menangis dan bunyi ribut tak ubah seperti bunyi kereta api yang menuju ke arah anda,” kata seorang penduduk tempatan, John Arthur kepada sebuah stesen radio Australia.

Menurut Datuk Bandar Queensland, Campbell Newman, ribut itu merupakan antara yang terburuk pernah melanda bandar raya ini sejak 1985, namun beliau bersyukur kerana tiada kecederaan serius dilaporkan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI