proton kokak part 2....ingatan supaya guna yang asli sekadar atas alasan keselamatan atau untuk menyelamatkan vendor vendor haramjadah....atau servis macam sial sambil merembat poket rakyat...!!!
PROTON Holdings Bhd mengingatkan pemilik kereta Proton bahawa penggunaan alat ganti tiruan boleh mendatangkan risiko serius terhadap keselamatan pemandu dan penumpang, selain merosakkan kenderaan mereka.
Ingatan berkenaan dikeluarkan berikutan pengeluar kereta nasional itu mengesan wujudnya penjualan secara berleluasa alat ganti tiruan bagi kereta PROTON.
Proton mencadangkan supaya pemilik kereta mengguna alat ganti asli bagi mengelakkan dari berlaku kerosakan berulang, ini bermakna di Malaysia banyak alat ganti tiruan...
Wajar di persoalkan kenapakah boleh beredar begitu banyak barang tiruan di negara kita sedangkan ada agensi-agensi berkenaan telah ditugaskan untuk membenteras barang tiruan.
Selain itu rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup yang membebankan, dalam masa yang sama pengguna Proton perlu menggunakan alat ganti asli yang mahal, persoalannya adakah rakyat mampu dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan rakyat, atau pun cadangan tersebut cumalah untuk menyelamatkan Proton serta vendor-vendornya.
Dalam isu kerosakan berulang kepada Proton, di sini kita mahu persoalkan, adakah benar ia berpunca dari alat ganti tiruan? sedangkan kualiti kereta Proton masih belum berada pada tahap yang memuaskan dan ini adalah isu utama proton apabila menyentuh berkenaan isu kualiti produk.
Kita cadangkan satu kajian secara menyeluruh mengenai kualiti kenderaan berjenama Proton berbanding dengan kenderaan yang diimport dari luar Negara,...
Proton jejak pengedar alat ganti tiruan
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI