resepi taugeh masak campur udang




BAHAN-BAHANNYA :-)

400 gram taugeh soya @ taugeh kasar, dibuang ekor, cuci dan toskan
15 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan (optional)
1 pokok daun bawang, hiris
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan cili merah, cili hijau dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.

Guna api kecil. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang sedikit air (angaran 4 camca besar). Kacau rata

Tambah taugeh, besarkan api dan kacau rata. Masak hingga taugeh lembut dan bahagian kacangnya lembut sedikit. Tambah garam secukup rasa, masukkan hirisan daun bawang dan minyak bijan jika guna.

Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI