proton kokak part 3...langkah terdesak proton Kokak....tingkap Proton dijamin 10 tahun....dah bertahun buat bisness ...tak leh settle masaalah sekecil macam nie...memang tak pro lansung...!!!!




TINJAUAN  mendapati seorang pemandu teksi memandu ISWARA tidak gunakan tingkap kuasa ketika mengambil tiket tol.

SUBANG JAYA: Kira-kira 500,000 pemilik kereta Proton dan bakal pembeli kereta nasional tidak perlu lagi bimbang mengenai masalah tingkap kuasa kenderaanitu apabila pengeluarnya, Proton HoldingsBhd memperkenalkan 'Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa' untuk kereta keluarannya
.
Skim jaminan sepanjang hayat itu adalah untuk semua model baru Proton yang berdaftar dari 1 September lalu serta model Proton yang masih berada di bawah tempoh jaminan pada tarikh sama.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jaminan itu tertakluk kepada semua model kereta Proton yang dijual di pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat.

“Jaminan merangkumi empat komponen utama dalam mekanisme tingkap kuasa kenderaan iaitu alat pengawal tingkap, motor tingkap kuasa, suis dan sesalur fungsi,” katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.

Skim Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa Proton itu adalah bagi tempoh 10 tahun dari tarikh kereta didaftarkan atau 250,000 kilometer perjalanan, iaitu tempoh ‘hayat maksimum’ kenderaan seperti yang digunakan pakai peserta industri automotif global.

Bagi kenderaan yang masih mempunyai tempoh jaminan pengeluar, ia perlu diselenggara secara berkala di Pusat Servis Proton yang sah seperti tertakluk dalam Buku Panduan Servis Proton.

Syed Zainal Abidin berkata, Proton sebenarnya sudah menyelesaikan masalah tingkap kuasa kereta keluarannya yang mana isu berkenaan tidak lagi membelenggu model generasi baru.

“Secara keseluruhan, jumlah kerosakan bagi setiap unit (DPU) kereta Proton juga sudah dikurangkan dengan ketara apabila ia kini berada pada paras 0.26 setakat Ogos lalu, berbanding 8.0 pada tahun kewangan 2007.

“Bagaimanapun, masih sukar untuk meyakinkan masyarakat mengenainya, justeru skim jaminan ini akan melenyapkan terus isu tingkap kuasa daripada terus diperkatakan,” katanya.

Syed Zainal Abidin berkata, langkah diambil syarikat itu perlu dilaksanakan segera, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk meningkatkan mutu kenderaannya seperti yang dicerminkan dalam model generasi baru Proton, masih ada persepsi negatif mengenai jenamanya sehingga sekarang.

“Memperbetulkan persepsi sedemikian adalah usaha yang mencabar, namun ia adalah satu keperluan. Jaminan seperti ini akan menghapuskan sama sekali stigma berkenaan.

“Mesej kami adalah mudah, jika anda membeli kereta Proton hari ini, tingkap kuasanya akan berfungsi baik dan jika tidak, anda boleh menukarnya secara percuma. Kami komited menjadi lebih baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Zainal Abidin berkata, Proton sedia menawarkan kemudahan penyimpanan di kilangnya di Tanjung Malim kepada mana-mana pengeluar kereta di Thailand, yang kini berdepan banjir besar


kosmo



Selenggara berkala ..satu lagi perangkap nak pekena pemilik proton...???..dah la servis mahal..kata barang tempatan murah dan terjamin mutunya...tapi hampeh..dan kita tengok servis yang dia bagi memuaskan atau tidak...lebih lebih dengan franchaisnya...ambil lesen dan atas nama proton...tapi servis macam sial...lagi nak sembelih pengguna...aku cakap nie sebab aku bekas pengguna proton kokak…

Servis econ kalau boleh dia nak tusuk coil setiap kali pergi servis...jadi tak payah susah susah buat kerja dan senag duit masyukkk...terus tukar barang...baik baik coil tu leh tahan 3 hingga 4 tahun...pergi kat servis macam tu...terus lunyai...yang kena sembelih pengguna jugak...ini salah satu

Contoh yang aku pernah kena...

kalau kualiti proton standard ikut antarabangsa punya...tak payah lah nak bagi gerenti seumur hidup macam tu...tengok toyota sudah la...tak payah jauh ...perodua sendiri yang menciluk toyota punya teknologi pun kira dah bagusss...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI