BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong comet atau sotong saiz kecil
10 tangkai kacang buncis, hiris serong
1 camc teh penuh serbuk kunyit*
1 camca teh tepung jagung*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap 10 minit)
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca teh sos tiram
Sos ikan secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan kekuningan. Masukkan sotong yang diperap tadi. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masak hingga sotong berubah warna.
Masukkan kacang buncis, cili merah, cili hijau dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kacang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain. (masakan ini memang tidak berkuah sangat)..
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI