tangkap ular bersenjatakan parang
KIDANG (kanan) bersama anak buahnya, Jermai Along mengangkat ular sawa batik yang berjaya ditangkap mereka di Kampung Panchur, Daro, Mukah, Sarawak kelmarin.
MUKAH – Seorang penduduk Kampung Panchur, Daro di sini terpaksa berhempas-pulas ‘bertarung’ dengan seekor ular sawa batik seberat 30 kilogram menggunakan parang selepas reptilia itu cuba membaham seekor ayam di reban miliknya.
Kidang Bilong, 50, memberitahu, ketika kejadian pada pukul 4 petang, dia sedang berehat bersama keluarganya di rumah sebelum terdengar bunyi bising ayam.
Sejurus itu, dia terus bergegas meninjau keadaan di rebannya sebelum terkejut melihat seekor ular sawa cuba membaham ternakannya.
“Tanpa berlengah, saya segera mengambil sebilah parang dan memberanikan diri untuk menangkap ular sawa terbabit.
“Disebabkan ia terlalu ganas, saya juga guna sebatang kayu untuk menewaskannya. Selepas lebih setengah jam bertarung, ular itu yang tiba-tiba bertindak agresif itu akhirnya lemah dan berjaya ditangkap. Bagaimanapun, haiwan itu tidak mati,” katanya menceritakan detik-detik cemas itu ketika ditemui di sini semalam.
Kidang berkata, dia tidak berhasrat untuk membunuh reptilia berkenaan sebaliknya akan menyerahkannya kepada Jabatan Hutan untuk tindakan selanjutnya.
Penangkapan reptilia yang sepanjang tiga meter itu katanya, telah menjawab segala tanda tanya mengenai kehilangan beberapa ekor ternakan di kampung itu selama ini.
Petani itu memberitahu, sebelum ini penduduk kampung berjaya menangkap seekor ular yang dipercayai datang dari hutan paya yang terletak berhampiran dengan kawasan kampung.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI