guna gps tangkap penculik




IMEJ menunjukkan kediaman Delvin Barnes (gambar kecil) di Charles City, Virgina kelmarin.

PHILADELPHIA – Seorang wanita yang diculik di sebatang jalan raya di sini diselamatkan dengan bantuan peranti sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada kereta suspek oleh syarikat penjual kereta supaya kenderaan itu mudah ditarik jika pembeli gagal membuat bayaran ansuran bulanan.

Mangsa yang berusia 22 tahun, Carlesha Freeland-Gaither berehat di rumah ibunya kelmarin selepas kes penculikan selama tiga hari itu berakhir di Maryland pada Rabu lepas apabila pihak berkuasa mengepung kereta tersebut dan menahan penculiknya.

Penculik wanita itu, Delvin Barnes, 37, dipenjarakan berhubung kes lain me­libatkan dakwaan dia menculik dan cuba membunuh seorang gadis berusia 16 tahun dari negeri Virginia.

Polis mendapat petunjuk dalam kes penculikan di sini apabila mereka melihat nama syarikat penjual kereta terpakai itu tertera pada kereta Barnes menggunakan kamera lampu isyarat.

“Pihak berkuasa kemudian meminta syarikat berkenaan menyerahkan gajet GPS itu,” kata ketua polis tempatan, Kapten Jayson Crawley.

Menurutnya, syarikat kereta terpakai memasang alat GPS supaya mereka mudah mendapatkan kembali kenderaan tersebut jika pembeli gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan.

“Dalam masa lima minit sahaja selepas kami menghubungi syarikat kereta terpakai itu, kami telah dapat mengenal pasti lokasi suspek,” kata Crawley.

Menurutnya, kes itu merupakan tangkapan terbaharu yang dibuat dengan bantuan teknologi pengesanan yang kini digunakan di mana sahaja di dunia



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI