resepi gulai kari ayam nangka muda




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ayam kampung (atau ayam daging)
1 kg nangka muda yang telah disiang dan dipotong, celur 1/2 empuk dan toskan
2 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
600 ml pati santan
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
1 kiub pati ayam (optional)
4 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar ketumbar serbuk (baba's)
1/2 camca besar jintan manis serbuk (baba's)
3-4 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
Air panas jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

2 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk bersama2 bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1 cawan atau lebih sedikit). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga bawang layu dan perang. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, kacau selalu.

Masukkan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Masak hingga ayam empuk (jika ayam masih belum empuk tapi kuah kering, tambah air panas secukupnya).

Masukkan nangka muda, kiub pati ayam dan kerisik. Kacau dan masak hingga nangka empuk. Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, telur dadar dan ulam2man..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI