pesakit ebola di bungkus macam pocong
















PESAKIT virus Ebola warga Amerika Syarikat yang diterbangkan khas ke negara Uncle Sam itu dari Liberia telah  tiba  di negara kelahirannya.

Dia dibawa dengan menaiki sebuah jet peribadi dari negara benua Afrika itu.

Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, tubuh Nancy Writebol telah dibungkus dengan pakaian khas biohazard dan dibawa dengan sebuah ambulan yang telah diubahsuai setelah tiba dengan sebuah jet peribadi.

Petugas perubatan AS terpaksa mengambil langkah keselamatan kerana sehingga kini belum ditemui penawar penyakit tersebut yang telah membunuh 90 peratus pesakitnya.

Sewaktu tiba di Pengkalan Udara Dobbins, ambulan yang membawa Writebol telah diiringi empat kenderaan SUV polis ke hospital berkenaan.

Para petugas yang membawa wanita berusia 59 tahun itu ke Hospital Universiti, Georgia  turut memakai pakaian khas serta bertopeng.

Di sana Whitebol akan dirawat bersama seorang lagi penderita penyakit yang sama, Dr. Kent Brantly di sebuah wad kuarantin di hospital tersebut.

Menurut jurucakap hospital, Writebol dan Dr. Kent akan dirawat dengan sejenis ubat khas yang belum pernah diuji pada mana-mana tubuh manusia di muka bumi ini!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI