JPJ jual kereta curi...?
MOHD. ISKANDAR (kiri) memperkatakan sesuatu kepada peguamnya Mohd. Hakimi di Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin
KERETA jenis Perodua Kancil (EX) seumpama inilah yang dibeli Mohd. Iskandar dalam satu lelongan di JPJ Selangor, Padang Jawa, Shah Alam pada tahun 2008.
SHAH ALAM – Trauma seorang peniaga yang ditahan polis sebelum disumbat ke dalam lokap kerana dituduh memiliki kereta curi yang dibelinya dalam satu lelongan oleh sebuah agensi kerajaan akhirnya mendapat keadilan setimpal apabila dia dibayar ganti rugi sebanyak RM76,835 kelmarin.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusuff memutuskan demikian selepas mendapati kecuaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi punca Mohd. Iskandar Idris, 32, ditahan polis pada 14 September 2009 atas tuduhan memiliki kenderaan curi yang dibelinya dalam satu lelongan di JPJ Selangor, Padang Jawa dekat sini enam tahun lalu.
Selain Ketua Pengarah JPJ sebagai defendan kedua, bekas Penolong Pengarah JPJ cawangan Selangor, Adenan Md. Isa dan Kerajaan Malaysia masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan ketiga.
Rozana memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,835, ganti rugi am (RM50,000) dan kos (RM15,000) kepada Mohd. Iskandar yang merupakan seorang pelakon tambahan.
Mohd. Iskandar yang diwakili peguam Datuk Mohd. Hakimi Ab. Kadir memfailkan tuntutan saman tersebut terhadap JPJ dan dua defendan lain pada 13 September 2012.
Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif telah membeli sebuah kereta jenis Perodua Kancil (EX) bernombor pendaftaran CAV4198 pada harga RM1,250 dalam jualan lelongan awam yang diadakan di JPJ cawangan Selangor pada 31 Oktober 2008.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI