pembunuh Osama dedah identiti bakal di hukum mati




GAMBAR fail pada 2 Mei 2011 menunjukkan pekarangan kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan selepas Ketua al-Qaeda itu dibunuh oleh komando SEAL

WASHINGTON – Seorang bekas komander Tentera Laut (SEAL) Amerika Syarikat (AS) yang mengaku menembak ketua al-Qaeda di dahi, mendedahkan identitinya kepada umum kelmarin.

Robert O'Neill, 38, memberitahu akhbar The Washington Post dalam satu temu bual bahawa dia melepaskan dua das tembakan yang membunuh Osama bin Laden. O’Neill pertama kali mendedahkan kisah tersebut kepada majalah Esquire pada Februari 2013 yang menamakan dirinya sebagai ‘si penembak’.

Seorang komando dan seorang bekas komando SEAL mengesahkan kepada agensi berita Associated Press (AP) bahawa O'Neill telah lama diketahui sebagai orang yang menembak dan membunuh Osama.

Ketua al-Qaeda itu bertanggungjawab mendalangi serangan ke atas AS pada 11 September 2001.

O'Neill memberitahu The Washington Post bahawa beberapa das tembakan turut dilepaskan oleh dua lagi komando SEAL, termasuk Matt Bissonnette yang menceritakan tentang serbuan terhadap Osama di sebuah kediaman di Abbottabad, Pakistan dalam bukunya, No Easy Day.

Dia dijadualkan muncul dalam beberapa segmen saluran Fox News pada minggu depan.

O’Neill memberitahu akhbar berkenaan bahawa dia membuat keputusan untuk membuat pendedahan umum kerana bimbang identitinya dibongkar oleh orang lain.

Kebimbangan bekas komando itu menjadi nyata apabila namanya disiarkan oleh laman web SOFREP Isnin lalu.

Tindakan O’Neill dan Bissonnette itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan sebilangan anggota tentera AS.

Dalam sepucuk surat terbuka bertarikh 31 Oktober lalu, Laksamana Muda Brian Losey menggesa anggota komando SEAL supaya tidak mencari publisiti dalam komen yang dipercayai ditujukan kepada O’Neill dan Bissonnette.



Bagus lah dedahkan  identiti  lepas nie tak payah susah payah mencari....lambat laun dia tak boleh lari....hukuman mati  wajar di jalankan  ke atas penjenayah kafir  lahanat ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI