kerana marah rosakkan kereta sendiri



KEADAAN kereta yang dikapak oleh Capon.

Rome: Seorang akauntan yang berang kereta barunya rosak bertindak luar jangkaan apabila melepaskan geram dengan ‘menyerang’ kenderaan itu menggunakan kapak.

Spartaco Capon, 35, yang tinggal di Lissone, Itali utara, membeli kereta Fiat 500 itu kerana tidak tahan menaiki pengangkutan awam yang tidak tepat waktu menyebabkan dia sering lambat ke tempat kerja, malah sudah diberi amaran oleh bosnya.

Namun Capon marah apabila kereta itu tidak berfungsi selepas hanya seminggu dibeli, mendorongnya melepaskan geram dengan menggunakan kapak ke atas kenderaan itu.

Jurucakap polis Anastasio Gallo berkata, beberapa anggota datang menyiasat selepas jiran mengesyaki dia melakukan vandalisme.

“Jarang sekali ada orang mahu merosakkan kereta sendiri namun lelaki itu berjaya membuktikan kenderaan itu miliknya.

“Kemungkinan besar dia dalam keadaan tertekan. Kami membawanya ke hospital dan kini di bawah pengawasan doktor,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI