badan macam tong dram pun ada hati nak merempit aksi superman



Aksi superman atau baring atas motor sambil menunggang atas jalanraya merupakan antara kegemaran mat rempit di malam hari yang pasti mengundang carutan pemandu lain.

Perbuatan ini cukup bahaya dan mat rempit yang melakukannya boleh dikatakan syok sendiri sedangkan pengguna jalanraya lain menyampah melihatnya.

Ini kerana berbeza dengan mat rempit yang biasanya berbadan kurus sahaja yang berani melakukan aksi superman, mamat  berbadan gempal dan memiliki kulit muka cukup tebal apabila selamba memperlihatkan skil tersebut di siang hari dalam keadaan kelajuan motor sederhana.

Memanglah  memandu di highway pada waktu siang memang amat membosankan dan boleh membawa kepada rasa mengantuk jadi mamat   ini mungkin cuba untuk menghiburkan diri sendiri apabila melakukan aksi ini.

Apa pun, aksi Superman tetap berbahaya dan anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali mencubanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI