resepi terung goreng kicap




BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji terung ungu, saiz sederhana
1 batang leek
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili padi thai jenis merah, diketuk
1 camca besar sos tiram JALEN
3 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
Hirisan daun bawang secukupnya
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)


Terung dihiris serong sederhana tebal dan rendam (kalau suka boleh buang sdikit kulit terung). Leek dikerat pendek dan rendam. Ikan bilis ditoskan, kemudian goreng sampai garing, angkat dan ketepikan.

Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah kicap lemak manis dan sedikit air. Toskan terung dan masukkan ke dalam kuali bersama2 leek (toskan). Kacau rata.

Masak hingga terung lembut. Tambah ikan bilis, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut...ehemm.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI