resepi mini pound marble cake
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega (SCS, Anchor, Emborg)
60 gram gula kastor
2 biji telur gred A
125 gram tepung berserbuk penaik
1/4 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Badam cincang untuk hiasan
Kelapa parut panggang, untuk hiasan
1 camca besar penuh serbuk koko*
1/2 camca teh perisa mocha*
2 1/2 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau rata)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan bulat berukuran 6.5 atau 7 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Guna tin kek yang ada 8 acuan bebentuk loaf (bentuk comel), dan dilenser dengan mentega, tak perlu alas dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar mentega dan gula kastor hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga rata.
Masukkan susu pekat manis, esen vanilla, kacau rata dan matikan mesin, Cedok keluar 1/3 adunan dan masukkan bancuan koko (*) dan kacau rata. Sudukan adunan kek tanpa warna ke dalam acuan 1/2 penuh. Tambahlan adunan koko atasnya (kurang lebih 2 camca teh penuh) dan lorekkan menjadi corak marble. Buat hingga siap.
Tabur badam cincang dan kelapa parut panggang atasnya dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Boleh hidangkan untuk minum petang...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI