pejuang IS lancar serangan mengejut di ramadi



SEORANG pejuang Kurdis menembak ke arah kedudukan pejuang IS di bukit Zardak berhampiran Mosul di Iraq baru-baru ini.


BAGHDAD – Kumpulan pejuang Negara Islam (IS) kelmarin melancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar Ramadi yang merupakan salah satu lokasi yang masih belum di tawan kumpulan itu di wilayah Anbar.

Beberapa bahagian Ramadi dan keseluruhan Fallujah yang terletak di barat bandar itu jatuh ke tangan IS selepas kumpulan pejuang  melancarkan serangan besar-besaran pada Januari lalu.

Dalam tempoh beberapa bulan, pejuang IS mula menguasai sebahagian besar wilayah Anbar yang bersempadan dengan Syria, Jordan dan Arab Saudi.

Pejuang IS melan­carkan serangan dari empat pejuru dan mengebom beberapa lokasi sejak kelmarin.

Pejuang IS melancarkan serangan mengejut dari arah utara, barat, timur dan selatan bandar ini.

Mereka juga melancarkan serangan mortar yang disasarkan pada pusat bandar dan memusnahkan bangunan kerajaan dan sebuah pejabat pos.

Serangan mortar ini berterusan sehingga ke tengah malam,

Timbalan ketua majlis daerah Anbar, Faleh al-Essawi berkata, tentera Iraq yang dibantu pejuang tempatan masih cuba  mempertahankan bandar berkenaan daripada serangan pejuang IS.

Sumber keselamatan dan perubatan memberi­tahu bahawa seramai enam penduduk terkorban dalam serangan IS termasuk seorang pegawai polis berpangkat kolonel.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI