resepi asam pedas ikan tenggiri




BAHAN-BAHANNYA :-)

5 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskam
Sawi jeruk secukupnya, potong kasar dan rendam
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
3/4 camca besar pes asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskankan 1/3 cawan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan bawang perang. Masukkan bahan2 kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.

Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml). Kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (tos dan perah), bunga kantan dan kiub ikan bilis, jika guna. Kacau rata dan masak sekejap.

Tambah ikan dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan serbuk lada hitam dan daun kesom. Kacau dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, telur dadar dan ulam2man..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI