bunyi bising....Venice haram pelancong tarik beg beroda




MAJLIS Perbandaran Venice di Itali mengharamkan penggunaan beg beroda kerana ia didakwa mengeluarkan bunyi bising. - Agensi

VENICE, Itali – Majlis Perbandaran Venice meluluskan satu peraturan baharu yang mengharamkan pelancong asing daripada menarik bagasi atau beg beroda di jalan raya kerana ia mengeluarkan bunyi yang terlalu bising.

Bermula pada tahun 2015, pelancong yang didapati melanggar peraturan baharu tersebut boleh dikenakan denda sehingga 500 euro (RM2,075).

Peraturan itu dikuatkuasakan selepas penduduk di bandar pelancongan popular itu mengadu beg beroda mengeluarkan bunyi yang sangat bising sehingga mengganggu mereka.

Kata pihak berkuasa, ramai penduduk mengadu bunyi bising yang dikeluarkan daripada kumpulan pelancong yang menarik beg beroda mereka di jalan raya antara faktor pencemaran bunyi di bandar berkenaan.

Ramai penduduk me­ngadu bunyi berkenaan terutama sekali pada waktu malam menyebabkan mereka terjaga daripada tidur.

Hanya beg atau bagasi yang mengunakan roda berisi angin dibenar untuk digunakan di bandar berkenaan yang dilawati hampir 20 juta pelancong pada setiap tahun kerana tidak mengeluarkan bunyi terlalu bising.

Bagaimanapun, peraturan tersebut hanya terpakai terhadap pelancong asing dan akan dikuatkuasakan pada Mei tahun depan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI