resepi ikan tenggiri masak tauco




BAHAN-BAHANNYA :-)

5 keping ikan tenggiri saiz sederhana, cuci dan toskan*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
4 - 5 biji cili padi, diketuk
1 1/2 camca besar tauco
1 camca besar sos tiram
Sedikit gula
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan digoreng, tapi jangan sampai garing, goreng lembap2 saja, angkat dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkanmasukkan tauco dan sos tiram, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.

Masukkan ikan dan bawang besar. Gaul perlahan dan masak hingga bawang lembut. Tambah sedikit gula dan rasa, jika kurang masin anda boleh tambah sedikit garam atau sos ikan . Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan segera bersama nasi panas..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI