taugeh tumis rampai




BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram taugeh kasar (taugeh soya)
2 keping tauhu keras,
1 cekak kucai
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
15 ekor udang, bersihkan, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan. Tauhu dipotong kiub, goreng sekejap hingga kekuningan, angkat dan toskan. Kucai dicuci, kemudian kerat pendek.

Ketepikan.Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah udang, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang sedikit air.

Tambah tauhu goreng, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masukkan taugeh kasar. Kacau dan masak hingga tauge lembut sedikit. Tambah sos ikan secukup rasa dan masukkan kucai. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok bole matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI