resepi gulai lemak cili padi babat spesial
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg babat lembu @ perut tuala
600 gram rebung madu yang telah siap direbus
3 batang serai
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung. yang hijau (boleh kurangkan)
1 1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus babat dengan halia dan bawang putih hingga babat lembut, toskan, biar sejuk dan babat dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama rebung. Serai diketuk dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Masak hingga mendidih dan rebung lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan.
Kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Masakan ini lebih sedap setelah dibiarkan beberapa jam....Selamat mencuba!!.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI