di hungary berpuluh ribu rakyat bantah....di negara ini cukai internet di kelabu asapkan dengan GST...!!!




BUDAPEST – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di ibu kota Hungary di sini kelmarin kerana membantah rancangan kerajaan mengenakan cukai ke atas penggunaan internet bermula 2015.

Protes kedua sejak tiga lalu itu turut membayangkan perasaan tidak puas hati rakyat terutamanya golongan belia terhadap dasar Perdana Menteri Viktor Orban untuk meluaskan kuasa kerajaan sehingga menjejaskan sektor swasta.

Beberapa pemimpin penunjuk pera­saan ketika berucap di luar Kementerian Ekonomi, menggesa Orban membatalkan ranca­ngan untuk memaksa pembekal perkhidmatan internet membayar cukai bulanan sebanyak 700 forint (RM9.45) untuk pe­langgan individu dan 5,000 forint (RM67.50) bagi entiti perniagaan.

Mereka mendakwa, cukai tersebut tidak akan diserap oleh pembekal internet seper­ti yang didakwa oleh kerajaan.

“Jumlah cukai internet yang ideal bukannya 700 atau 5,000 forint tetapi sifar,” kata seorang usahawan internet tempatan, Zsolt Varady ketika berucap di hadapan penunjuk perasaan di sini kelmarin.

Media Hungary melaporkan, protes tersebut disertai antara 35,000 hingga 40,000 orang.

Kerajaan Hungary mengumumkan rancangan tersebut minggu lalu tanpa berunding dengan pemain industri di negara itu mahu pun berbincang bersama anggota Parlimen parti politik pimpinannya, Fidesz.

Antara alasan yang diberikan kerajaan Hungary untuk melaksanakan cukai internet termasuk menggunakan hasil baharu itu untuk meningkatkan akses internet di kawasan pedalaman.

Mengulas cukai kontroversi itu, jurucakap Suruhanjaya Digital Kesatuan Eropah, Neelie Kroes berkata, rancangan Orban itu “pada dasarnya tidak bagus” dan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi.

di negara ini ia di serap dalam bentuk  cukai "GASAK SAMPAI  TERTONGGENG"

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI