bela haiwan ganas di belakang rumah




BOVARD bermain dengan seekor harimau dan singa yang dipelihara di belakang rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.

TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor singa di belakang rumahnya sebagai salah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai spesies terancam itu.

Lelaki tersebut, Carl Bovard menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Single Vision bagi menggalakkan orang ramai datang ke rumahnya di negeri Florida untuk melawat haiwan berkenaan.

Selain harimau dan singa, Bovard juga membela dua ekor anak beruang, seekor harimau bintang serta dua ekor buaya.

Bovard berkata, ketika pengunjung melawat kediamannya, dia akan bermain-main termasuk memeluk haiwan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya memastikan kewujudan haiwan terancam tersebut terus terpelihara.

“Membela haiwan seperti ini di belakang rumah anda memang sangat bahaya dan saya mengambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan saya serta orang ramai terjamin.

“Haiwan ini walaupun jinak tetapi mereka masih mempunyai naluri pembunuh dan saya perlu berhati-hati ketika bermain bersama mereka,” katanya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI