40 orang anggota puak minoriti yang menentang pejuang IS terbunuh dalam pertempuran






ORANG ramai melihat sebahagian pejuang daripada etnik Albu Nimr yang  terbunuh  ketika bertempur  dengan pejuang IS di jalan raya di Heet, barat laut Baghdad kelmarin.

BAGHDAD – Pejuang jihad  Negara Islam (IS) membunuh lebih 40 anggota sebuah puak minoriti yang memerangi mereka dalam wilayah Anbar di Iraq,

Semua lelaki itu daripada puak Albu Nimr, terbunuh  ketika bertempur  di kawasan Heet, barat laut bandar raya ini.

Kawasan itu telah diserang dan dikuasai pejuang IS awal bulan ini,” kata seorang pemimpin dan doktor tempatan.

Angka yang terbunuh tu turut disahkan oleh seorang kolonel polis dan pemimpin kumpulan anti-IS, Sahwa.

Beberapa sumber bercanggah mengenai angka kematian sebenar dengan sebahagian mereka menyatakan, bilangan tersebut mencecah 48 orang.

IS menawan sebahagian besar Anbar .Dalam pada itu, tentera dan militia prokerajaan mengalami banyak kekalahan di Anbar sejak beberapa minggu lalu.

Perkembangan tersebut mencetuskan amaran bahawa keseluruhan wilayah yang bersempadan dengan Jordan dan Arab Saudi itu akan jatuh ke tangan IS.

Beberapa imej korban  pertempuran  di tempat awam itu telah tersebar di laman perkongsian sosial, Twitter.

Satu gambar menunjukkan sejumlah 30 lelaki berpakaian awam terbaring di tengah jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kejadian itu disaksikan oleh golongan belia lelaki dan kanak-kanak..'

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI